End 2013

Salam Guys...
Dah lame sangat tak update my blog..
I'll update more often in 2014 perhaps..

Salam Ramadhan 1434H...

Salam Guys...
Dah lame sangat me tak update personal blog ni...Almost forgot yg me ade blog...hahahaha!!!!
So...How are you guys?? Mcmane dgn ibadah puase kali ni?? Mencabar diri tak?? For me...kedatangan Bulan Ramadhan pada tahun ni memang me tunggu2...Bulan yang penuh dengan barakah...Bulan yang umat Islam digalakan untuk melakukan ibadah dengan sebanyak mungkin...Mengutip sebanyak mane pahala yang terhidang buat Umat Islam...
Alhamdulillah...pada tahun ni genap 1tahun me "Berhijab"...Yang Baik tu datangnye dari Allah kan... Mudah2an Allah memberkati setiap amalan ibadatku didunia ni...
Me agak sibuk dengan urusan keje2 kat ofis buat mase ni...Bile based on mega project ni 
(Sunway Velocity)..memang akan menuntut keje lebih mase dekat ofis...but what to do??? demi untuk mencari rezeki yang halal...kita seharusnye berkorban sedikit untuk memastikan duit gaji yang kita dapat tu diberkati oleh Allah SWT...Me bersyukur sangat kerana suami amat memahami bebanan tugas me kat ofis... dia banyak beri semangat untuk melaksanakan tugas2 me dengan sempurna... 
Thank you Dear.. I'm really appreciate what you have been done to me...

Sharing is Caring...

Salam Guys...
For this time...me nk share 1 artikel from the Group Usrah...
Selamat membaca!!!!
 
 
Maksiat Membuatkan Diri Kita Dibenci
Kenapa bila orang buat baik, dia berani buat terang-terangan? Kenapa bila orang buat maksiat, dia tak berani buat depan orang? Fitrah! Manusia senang dengan kebaikan. Benci dengan maksiat.
Ada juga orang yang berani buat maksiat terang-terangan. Orang lain senang dengannya? Tidak! Allahpun lebih-lebih lagi tidak senang dengannya.
Berkata Imam Syafie, “Kamu sekalian hendaklah menghindari kebencian kaum muslimin.” “Bagaimana ia boleh berlaku?” tanya yang lain. “Seseorang yang melakukan maksiat, Allah akan menumbuhkan rasa benci muslim yang lain terhadapnya.”
 
Maksiat Menghalang Masuknya Ilmu Pengatahuan
Imam Malik memberi nasihat yang layak ditulis dengan tinta emas kepada Imam Syafie. Katanya, “Allah telah mencerahkanmu dengan ilmu pengetahuan. Oleh itu, jangan sekali-kali memadamnya dengan kemaksiatan.”
Imam Syafie pernah mengadu kepada gurunya Waki’ tentang sukarnya hafazannya kali ini. Lalu berkata Waki’, “Ilmu itu cahaya dan cahaya tidak menembusi hati yang sedang berbuat maksiat.”
Maksiat Menggelapkan Hati dan Wajah
Ibnu Abbas berkata, “ Maksiat menyebabkan kegelapan di wajah dan di hati. Wujud kebencian orang lain terhadap kita, tahap kesihatan badan merosot dan menghadapi kesulitan daripada aspek ekonomi.”
“Sebaliknya, kebajikan akan mencerahkan wajah, menjernihkan hati, akan dikasihi orang lain, ekonomi meningkat dan dimurahkan rezeki.”
Allah SWT mengingatkan, “(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya, dan bagi mereka pula disediakan azab seksaan yang amat besar.” (Surah al-Baqarah: 7).
Maksiat Punca Kebinasaan
Mari kita belajar daripada sejarah. Maksiat menjadi punca kebinasaan umat terdahulu.
Iblis diusir dari syurga kerana maksiat.
Kaum Nabi Nuh ditenggelamkan banjir kerana maksiat.
Firaun dan tenteranya dilemaskan ke dalam lautan kerana maksiat.
Kaum Sadom diterbalikkan bumi kerana maksiat homoseksnya.
Kaum Ad dilenyapkan rebut kerana maksiat.
Kaum Bani Israel dimurkai Allah kerana maksiat.
Nabi Muhammad SAW mengingatkan, “Apabila terjadi maksiat di kalangan umatku, maka Allah akan memberi azab-Nya untuk semua.” (HR Ahmad).
Allah zalim? Tidak! Kita yang zalim.
“Dan Kami tidak menganiaya mereka, tetapi menganiaya diri sendiri.” (Surah Hud: 101).
Allah yang Maha Adil hanya menjalankan keadilan-Nya. Meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Yang cintakan maksiat diberikan pembalasan dan azab.
“Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut disebabkan apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia. Moga-moga mereka kembali.” (Surah al-Rum: 41).

Lazatkah Maksiat?
Habis tu, di mana lazatnya maksiat hingga ramai orang tertambat?
Lupa tentang akhirat! Itulah penyebab. Berkata Ibnul Qayyim al-Jauziah, “Anda akan mendapat murka Allah SWT sebab berbangga dengan maksiat dan sambil lewa terhadap malaikat yang menyaksikan dan mencatat kelakuan buruk anda.”
Kita semua tidak maksum. Tidak terlepas daripada melakukan maksiat atau derhaka kepada Allah. Samada besar atau kecil. Dosa-dosa kecil yang kita biasakan boleh membesar menjadi maksiat yang sangat dimurkai. Ia boleh membinasakan.
Di sekeliling, terlalu banyak potensi maksiat yang berkemungkinan telah kita lakukan. Firman Allah SWT, “Semasa kamu bertanya atau menceritakan berita dusta itu dengan lidah kamu, dan mengatakan dengan mulut kamu akan sesuatu yang kamu tidak mempunyai pengetahuan yang sah tentangnya, dan kamu pula menyangka itu hanya perkara kecil, padahal di sisi hukum Allah, ianya adalah perkara yang besar dosanya.” (Surah al-Nur: 15).
Astargfirullahal azhim. Apa yang terdaya, jadikan munajat dan ‘istighfar’ itu satu ulam harian yang wajib diamalkan. Sudikah Allah menerima taubat kita? Hmm, kalau kita fikir Allah tidak sudi mengampuni, bukankah fikiran itu hanya akan membebani diri? Yakinlah, Dia Maha Pengampun, Maha Penerima Taubat.
Carilah Kemuliaan dengan Taat, Bukan dengan Maksiat
Mungkin masih ada di kalangan kita yang sengaja menambat dirinya dengan maksiat kerana mahu diterima oleh kumpulannya yang sekepala. Diterima oleh ahli kumpulan bagaikan satu tujuan dan satu kemuliaan. Setakat manalah mulianya penerimaan manusia? Tak ke mana-manapun.
Jika hajatkan kemuliaan, di sisi Allah ada segala kemuliaan.
“Sesiapa yang mahukan kemuliaan, (maka hendaklah dia berusaha mencarinya dengan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jugalah (Pemilik) segala kemuliaan.” (Surah Fathir: 10).

Allah Tahu Meskipun Kita Sembunyikan
Nabi mendedahkan, “Terdapat di kalangan umatku pada hari kiamat kelak, mereka mempunyai bekal kebajikan yang banyak sebesar gunung Tihamah, tetapi Allah menjadikan semua pahala kebajikan itu seumpama debu-debu yang berterbangan.”
Thauban bertanya, “Adakah seperti kami kerana kami tidak tahu?” Rasulullah SAW bersabda lagi, “Mereka ialah saudara-saudara kamu sekalian. Mereka melakukan solat malam seperti kamu semua, tetapi apabila mereka bersendirian, mereka melakukan larangan-larangan Allah.” (HR Ibnu Majah).
Tidak perlu kita lakukan maksiat di kala sembunyi atau terang. Sebabnya, kita sentiasa terkepung oleh CCTV Allah di mana-mana sahaja.
 

Syukur Dgn Rezeki Dr Yg Maha Esa...

Salam Guys..
Syukur Alhamdulillah dengan segala limpahan "Rezeki" dari Yang Maha Esa...Sesungguhnya "Rezeki" yang Allah berikan pada setiap umatnya berbeza-beza...Ini kerna terdapat 7 pintu "Rezeki" yang Allah janjikan pada umatnya...Sesungguhnya kita dituntut untuk bersyukur dengan setiap "Rezeki" yang kita perolehi...
Me teramat bersyukur dengan limpahan "Rezeki" yang Allah kurniakan buat me & suami..Walaupun kehidupan kami suami isteri tidak seMewah orang lain tapi apa yang kami perolehi sehingga ke hari ini sudah cukup untuk kami berdua..Walaupun kami masih belum diberikan Rezeki zuriat tetapi kami percaya setiap kejadian pasti ada hikmah disebaliknya..Allah itu tidak berlaku zalim dengan umatnya..Kita harus percaya kehidupan kita di muka bumi sudah di "SET"..cuma kita tidak tahu apa yang akan berlaku kehidupan kita yang akan datang..Yang pasti Usaha harusla berterusan..disamping Bertawakal & yang akhirnya Berserah pada Allah dengan setiap yang kita lakukan...Kerna Allah itu Maha Adil & dia jugak la yang "Mencipta sekelian alam..Sesungguhnya yang buruk itu dtatangnya dari kita & yang baik itu datangnya dari ALLAH SWT...In Sya Allah...Amin

Ubat Paling Mujarab bile Stress kt Office

Salam Guys..
Ni adalah wajah-wajah kesayangan @ ubat bile me stress kt ofis...
 







 

Usrah Circle - New Support Group in Gombak

 
Salam Guys...
Syukur Alhamdulillah..dengan izin dari nya..New Usrah Circle telah pun menubuhkan Support Group baru di kawasan Gombak..Kepada muslimah yang berminat untuk menyertai Usrah Group Gombak yang dikenali sebagai Modesty Circle ini..boleh menyertainya..butiran-butiran ade saya lampirkan dibawah..Muslimah bolehlah menhubungi no tel yang tertera untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan Modesty Circle ini..

Jika anda;
Tinggal di kawasan Gombak atau berhampiran SAHAJA,
BELUM menyertai mana-mana usrah,
Baru berhijab/belum berhijab,
BOLEH MEMBERI KOMITMEN SEPENUHNYA
Sila bawa bersama Quran Tafsir dan buku catatan
Berminat? Sila whatsapps saya di 0126720507 untuk alamat :-)

Alhamdulillah..

Salam Jumaat Guys...
Pada 2Feb2013..telah pun berlangsung Hijab Event 2013 di Masjid Asy Syakirin KLCC..Forum tersebut lebih menjuruskan tentang "Hijab"..Banyak ilmu yang me dapat dalam forum tersebut..dan membuka hati & minda me untuk lebih mendalami tentang erti sebenar muslimah yg berhijab..


 
Mudah mudahan akan ada lagi Forum2 Keagamaan untuk Golongan Muslimah dalam menjalani kehidupan seharian sebagai seorang wanita "Berhijab"...