Jangan Terlalu Susah Hati Dengan Urusan Dunia..

Salam Guys..
Me ada baca 1artikel "Jangan Terlalu Susah Hati Dengan Urusan Dunia"...Pada me ianya amat sesuai untuk bacaan umum..Memandangkan sekarang ni..Umat Islam lebih mengejar HARTA DUNIA dari mengejar HARTA utk AKHIRAT..So me terpanggil nak berkongsi artikel tersebut di blog..
Selamat Membaca & BerAmal...
 
  Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
  Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya
 Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.
  


Jangan
tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu  berkat).


J
angan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.


Jangan
keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.


Jangan
biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.


J
angan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.


Jangan
ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah..


Jangan
lupa bergantung kepada ALLAH

dalam setiap kerja kita.  Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.


Jangan
bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.


Jangan
banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan
biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.


Jangan
suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.

     
 
 

Tiada ulasan: