"Marah Ibarat Api di Dapur Hatimu"...

Kemarahan kita kepada seseorg akan memudaratkan kita sendiri lebih daripada orang yang kita marahkan. Justeru, memaafkan adalah langkah yang paling baik – bukan sahaja utk orang lain tetapi untuk diri sendiri. Ertinya, memaafkan orang lain samalah seperti memaafkan diri sendiri. Diri kita akan menjadi lebih tenang, ceria dan stabil apabila memaafkan “musuh-musuh” kita. Menurut ajaran Islam kemarahan berasal daripada syaitan, dan syaitan berasal daripada api. Api itu panas dan membakar. Bahangnya menyebabkan pertimbangan hati, akal dan perasaan kita tak seimbang – sepertimana molekul cecair atau gas apabila dipanaskan. Malah, ada kessan biologi yang negatif apabila kita marah- degupan jantung, aliran darah, retina mata dan rembesan hormon berubah daripada biasa. Muka menjadi merah, telinga menjadi panas, gigi serta bibir mengetap..Benarlah seperti yang dianjurkan oleh Imam Ghazali apabila seseorang itu marah, “Pandang betapa hodoh wajahmu di muka cermin!”

Namun, siapakah yang tidak pernah marah? Marah itu sebahagian daripada sifat tabii manusia. Tanpa marah, manusia bukan manusia lagi. Justeru, marah itupun satu anugerah. Dengan adanya sifat marah, timbullah semangat mempertahankan diri, keluarga bahkan agama. Ringkasnya marah itu ada yang terpuji, ada yang dikeji. Marah yang terpuji apabila sesuai pada tempat, sebab dan keadaanya. Apabila agama dikeji, kita mesti marah. Ketika itu jika kita tidak marah, Allah akan marahkan kita. Sebaliknya, apabila diri peribadi kita yg dikeji, dianjurkan supaya bersabar. Ini soal personal. Memaafkan lebih utama. Sayangnya, hal yang sebaliknya selalu berlaku. Apabila agama dikeji, kita selamba. Apabila diri dikeji, mat=rah kita seakan menggila. Bagaimana kita boleh meneladani Saidina Ali r.a yang masih mampu membezakan jenis marahnya pada saat kritikal?

Termashur kata-kata ahli rohani, JIKA DIRI DIKEJI…TELITILAH, MUHASABAHLAH, ADAKAH KEJIAN TIU SESUATU YANG BENAR DAN TEPAT? Jika benar dan tepat, kejian itu sebagai teguran daripada ALLAH melalui lidah manusia. Koreksi dan perbaikilah diri sendiri. Namun sekiranya kejian itu tidak benar, apa hendak dirisaukan? Bukan manusia yang menentukan mudarat dan dosa. Biarkan ia berlaku, jangan takut kepada orang yg mencerca!!!!

Tiada ulasan: