Persamaan Antara lelaki & Wanita Dlm tanggungjawap Agama Islam...

20 Feb 2011

Dari segi rohani, Islam tidak membezakan antara lelaki & wanita. Kedua-duanya mempunyai jiwa, diciptakan atas tujuan yg sama, bertanggungjawab utk memenuhi segala tuntutan agama & akan diadili oleh ALLAH, akan dihukum dan diberi PAHALA setimpal dgn amal perbuatan masing2...
Apabila Al-Quran menjelaskan tentang golongan yg bernasib baik, di mana mereka ini akan memasuki SYURGA disebabkan amal soleh mereka, maka kedua dua kaum yg berlainan jenis ini iaitu lelaki & wanita akan dinyatakan didlm Al-Quran saling berkait yg mana tidak boleh dipisahkan.
Firman ALLAH S.W.T yg membawa maksud :
"Sesiapa yg mengerjakan amal soleh, samada lelaki mahupun wanita, sedang dia beriman, maka mereka itu akan masuk SYURGA dan mereka jugak tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) walau sedikit pun...Surah Al-Nisa ayat 124.....
"Sesiapa yg mengerjakan amal soleh, bik lelaki mahupun wanita dlm keadaan beriman, maka sesungguhnya KAMI akan berikan kepadanya kehidupan yg BAIK dan sesungguhnya KAMI akan beri balasan kpd mereka dgn PAHALA yg lebih baik drp apa yg telah mereka kerjakan...Surah Al-Nahl ayat 97...
Justeru di akhirat kelak, lelaki & wanita akan diadili berdasarkan amalan masing2 samada dari segi HUKUMAN atas KEJAHATAN yg mereka lakukan atau PAHALA atas SEGALA KEBAIKAN yg DIKERJAKAN...

Tiada ulasan: